KENAPA
PERLU GUNA SERUM?
Struktur molekul dalam serum lebih halus dari pelembap. Dan
dgn itu ia lebih mudah meresap jauh ke dalam kulit untuk memberi kesan yang
lebih efektif.
Penggunaan serum pada waktu malam paling berkesan sb pada
waktu malamlah kulit bertindak dengan lebih baik.
Serum juga lebih ringan dari pelembap. Mengandungi lebih
banyak bahan aktif dari pelembap biasa.
Sebab itu kesan lebih ketara selepas penggunaan serum
Tapi kena ingat.
Serum hanya lebih berkesan jika wajah sudah betul2 bersih.
Pastikan sel kulit mati telah dibuang terlebih dahulu. Dan
ingat ya. Pencuci biasa tak boleh buang sel kulit mati di wajah.
Gunakanlah skinvigorate cleansing brush dan juga masker atau
microdermabrasion refine.
Tips
Mengapa perlunya Microdermabrasion?
Fungsi Microdermabrasion adalah untuk membuang sel kulit
paling atas.
Kulit kita terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu epidermis
dan dermis. Bahagian paling atas adalah stratum corneum. Dan di sinilah
terletaknya garis halus dan cela.
Microdermabrasion refine hanya bertindak di lapisan stratum
corneum ini saja. Bila lapisan ini dibuang, sistem tubuh badan kita akan
mengesannya sebagai kecederaan dan akan bertindak terus dengan menggantikan sel
kulit yang telah dibuang tadi dengan sel kulit yang baru dan lebih sihat dan
lebih lembut dan sekata.
Kesannya mungkin ada kemerahan atau bengkak sementara.
Dan dengan penyingkiran stratum corneum itu juga makanya
serum dan bahan aktif dalam krim muka kita lebih mudah meresap ke dalam lapisan
kulit dan boleh memberi kesan yang maksimum.
Kenapa Pore Minimiser perlu selepas Refine? Kerana semasa
penggunaan Refine, lembapan di wajah juga turut tersingkir. Sebab itu Pore
Minimiser (sebaiknya) atau pelembap diperlukan selepas Refine.
Microdermabrasion Refine seeloknya digunakan 2 kali saja
dalam seminggu
Dan ingat ya. Elakkan kawasan sekitar mata dan bibir
No comments:
Post a Comment